salam

senyum selalu yer.. :)

Saturday, 24 December 2011

Fitrah Manusia

Assalamualaikum!
Tiba-tiba teringat kata-kata
Ustaz Pahrol Mohamad Juoi
Dalam majalah Solusi


"Pen diciptakan untuk menulis.
Selagi mana digunakan untuk menulis
InsyaAllah ia takkan rosak.
Kerana fitrah pen ialah untuk menulis"

Katanya lagi.
"Andai pen digunakan untuk mencucuk, dibaling atau diketuk
Sudah tentu pen itu akan ROSAK"

Kehidupan manusia difitrahkan dalam kehidupan 
Ibarat sebatang pen.

Tujuan manusia diciptakan ialah
Beribadat kepada Allah.
Sekiranya menyimpang daripada tugas itu

Maka manusia akan ROSAK.
Kesihatannya terjejas.
Emosinya terjejas.
Spiritualnya juga akan terjejas.

Bersyukurlah kita menjadi hamba Allah.
Dengan nikmat yang tidak terhingga ini.


Hadis Nabi s.a.w yang bermaksud
"Sampaikan daripadaku walaupun sepotong ayat"
Allahualam.


Wednesday, 21 December 2011

Rezeki Itu Ada Dimana-mana.

Assalamualaikum!
Entah bila la agaknya tak bukak blog ni pon wa tak tahu.
By the way
From this moment sapa2 yang mengenali diri ni
Tolong panggil saya dengan panggilan najwa@nur@nama penuh saya.

Mesti pelik kan kenapa? 
Bila tahu sebabnya pon nur(nama baru) terkejut..
Sebabnya Ustaz Shahran ada bagi ceramah di TV9
Katanya 'WA' salah satu nama anak jin.
Allahualam.

Agaknya ni la kot reaksi pertama nur bila dapat tahu  sebabnya.

Tiba-tiba terlintas difikiran
Sesuai ke nama NUR tu dengan budak ni?

Uhuk3.. tersedak  saya..

Apa-apa pon kita kena biasakan diri dengan panggilan tu ok?
Good job! 

Clap your hand! :)

OK! selesai satu hal.
Kembali kepada tajuk asal ok.
Rezeki Allah itu ada dimana-mana.
Setuju kan dengan tajuk ni?

Pada 10122011 yang lalu
Seperti yang sedia maklum
Nur(peliknya rasa.. huhu) ada latihan menembak
Di Lapang Sasar Mantin, Negeri Sembilan.

Menembak guna revolver.38

Memang rezeki Allah itu dimana-mana

Nur telah berjaya masukkan satu bullet 
Dalam bulatan yang paling tengah.
Alhamdulillah.
Rezeki Allah.
Dan tanpa diduga
Nur dapat sebuah hamper pemberian Tuan Mastam(ketua penyelaras SUKSIS)
Memang saat itu diam tak berkata apa-apa.


Semoga saat itu menjadi titik tolak 
Untuk lebih berjaya dalam hidup.

P/S ==> terima kasih kepada 'pengasuh' Nur masa menembak tu.. dia buat nervous+takut pegang revolver tu hilang. terima kasih Cik!

Ni lepas habis menembak.. :)



Monday, 14 November 2011

Bertemu kembali ;)

assalam.
baru terasa rindu akan blog ni. ;)
baru kembali ke tempat pengajian setelah seminggu bercuti.
masuk2 ja
exam-exam-exam.
ibarat SPM rasanya.
heeee..

gudluck to my little bro (little ka?) :)
yang tengah jawab exam SPM 2011.
may yourself to be blessed Muhammad Arif Fahmi Hassan.
semoga mereka berjaya dalam apa jua bidang yang mereka tempuhi.
Amin ya rabb.

esok
ada presentation, test. gudluck.

lusa
serah report food chem pulak.

semoga segalanya berjalan dengan lancar.

mood ==> xdak da nak edit2 nih.. xrajen heeee.. ;)

Thursday, 22 September 2011

New Life

Assalam semua!
Dah berapa kurun tak update blog sampai hampir terlupa password.
*makan semut banyak kot.. hehe..
Baru hari ni rasanya berkesempatan untuk belek2 blog.
Sebab hari ni baru rasa nak bukak and write something here.
Actually I want to share about something.
My new life?

My new life sebagai apa tu?
J
As senior in the second year?
As servant to her Almighty God?
A solehah daughter to her parent?
A good sister to her sis and bro?
A good friend to her friends?
OR
A solehah wife to her husband?

Aga-agak yang mana lah tentang kehidupan baru saya kan?
Yang last sekali tu??
Hehe. Tak. Yang itu InsyaALLAH akan datang.
*tolong doakan saya yer..
Kehidupan baru saya ialah
As a servant to her Almighty God.

Terkejut?
Bukan bermaksud saya tak pernah menjalankan kehidupan sebagai hamba Allah sebelum ini.
Saya menjalankan kehidupan yang hanya ‘mengaku’ sebagai hamba Allah
 Tapi
Tidak menunaikan hak kepada tuannya dengan sempurna.

Sudah lama diri ini mencari kehidupan yang mendambakan pengabdian diri kepada Allah,
Taat kepada agamanya, rasulnya, kedua orang tuanya.
Baru-baru ini, seorang sahabat telah meng’tag’ saya di sebuah nukilan nota di laman facebook.
Usai membaca nota tersebut terasa basah kedua-dua belah pipi.
Terasa seribu kesalan yang ada dalam jiwa.
Ya Allah.. ampunkan dosa dan khilaf hambaMu ini.
Hati ini diketuk lagi.
Kali ini ketukan itu membuatku tersedar dari mimpi yang panjang.
Betapa kerdilnya aku dihadapanMu ya Allah.

Pesanan Imam Ghazali :

“Carilah hatimu di tiga tempat. Temui hatimu sewaktu bangun membaca al-Quran. Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, carilah hatimu ketika duduk takafur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah supaya diberikan hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!”
Sumber : Di mana DIA dihatiku?-Pahrol Mohd Juoi

Terlintas kata-kata seorang lecturer di kampusku :

“Sangat susah untuk kita mendapatkan khusyuk didalam solat 
meskipun hanya untuk satu minit”

Itu memberi gambaran kepadaku
 Bahawa mujahadah kearah yang lebih baik
 Itu sebenarnya amat menyakitkan
 Dan 
Memerlukan pengorbanan serta semangat juang yang jitu.
Walaupun kebaikan itu hanyalah sebesar zarah.
Bak kata orang bukan senang nak jadi baik
Dan bukan susah untuk menjadi jahat.
Dunia ini ibarat syurga bagi orang yang kufur
Dan
 Neraka bagi orang yang beriman kepada tuhannya.

Astaghfirullah!
Ya Allah! Ampunkan hambaMu ini ya Allah.
Ampunkan dosa kedua orang tuaku,
Ampunkan dosa kaum keluargaku,
Ampunkan dosa sahabat-sahabatku,
Dan dosa muslimin dan muslimat yang berada di muka bumi ini ya Allah.

Jiwaku terasa lapang.
Semoga akan terus lapang dengan namaMU yang memenuhi ruang hatiku.
InsyaALLAH.
Tolong doakan saya kawan-kawan. 


***apa agaknya pandangan kawan-kawan yang mengenali saya setelah membaca entry ini?***
Jihad kerana ALLAH! J



Sunday, 21 August 2011

Dugaan Perasaan

Assalam.
Lama tak menjenguk blog ni.
almost two week rasanya.

at this moment.
nothing coming up into my life.
ok?

tatatititutu.

mood --> *virus M dah datang*

Sunday, 7 August 2011

Redha

Assalamualaikum.
Hari ini saya redha dengan ketentuanNya.
Ini adalah ujian yang selayaknya yang diberikan Allah untuk saya kan?

I've gained new knowledge today.
Kita tidak boleh paksa orang untuk ikut telunjuk kita.
Sebab setiap orang punya pendirian hidupnya sendiri.
Dan kita juga tidak boleh memaksa 
Orang yang sememangya kita tahu dia tidak sukakan kita
Untuk menyukai kita dalam sekelip mata.
Give time.
Berikannya ruang. And in the meantime 
Kita harus tunjukkan sikap yang baik terhadap dia.
Kan?

Semoga dia dapat menerima saya seadanya.
Sesungguhnya Allah bersama saya.

Saturday, 30 July 2011

Seronok! Hehe..

Assalamualaikum w.b.t.
Bagi salam penuh nih.
Jadi kena jawab penuh jugak.
Hehe.

Jam puluk pukul 9.15 makam malam.
Baru selesai tolong mak kat dapur.
*nak habaq kata rajen la tu kan?

Apa aktviti hari ni kat rumah?
Pagi keluar pi SP.
Tunggu bas hampir 2 jam.
Sampai ada orang merajuk nak balik.
Haha.
*my sis yang merajuk dengan bas.

hampir jadi camni la tadi.
*Ops.. jgn marah my sis
Pukul 12 tengahhari baru nampak facebus.
Pi beli tiket bas nak ke Seremban
Kena kacau dengan ulat2 tiket ni.  

Takot tahu tak.
Cara mereka approach my sis and I
macam nak buat something bad.
Ya Allah.. peliharalah kami.
Ayat mereka
"Gadis ayu! lesung pipit di pipi"
*ala2 nyanyi ok?
Niat nak ngorat la tu.
Huhu.

My sis and I lari2 anak
*macam comel je bunyi.
Nak elak dari mereka2 itu.
Huhu.

Tengah2 beli tiket kat kaunter.
I felt that someone tengah tengok saya dari tepi.
And. Yes.
Ada orang.
Guess who?
*Ada la kan?
Sapa yang tahu senyap2 tau. Jangan bising2.
Mood ==> Happy


lebih dan kurang gaya camni la tadi. haha.

Dan 
One more thing.
Hari ini buat keropok lekor sendiri.
Wah3!!
Esok nak buat lagi.
Nanti kita post resepi ok?
Hehe.

Mood ==> Happy


hepi kan?
Alhamdulillah. 
Allah yang berikan perasaan indah ini.
Syukur.
Amin.

Di lain waktu kita jumpak lagi.
InsyaAllah.

tatatititutu.

*kalau perasan.. tulisan senget2 tu nak bezakan english and malay ok? haha.



Friday, 29 July 2011

Sabarkah aku?

Jam menunjukkan 7.35 malam.
 Memang gila la saya online time2 maghrib ni kan?
 Orang kata time macam ni banyak syaitan sedang berkeliaran diluar rumah.
 Dan sebab itu, orang tua dulu2 a.k.a orang tua sekarang jugak pesan 
Jangan berada kat luaq umah time maghrib.
 Urm. One more day saya ada kat umah tolong mak (betoi ka tolong?)
 Entah..! tanya huda kalau nak tahu. J 
*Huda, bagi jawapan yang baik2 ja tau. Ti aku belanja.

Erm. Pagi ni subuh kalian kad merah atau kad kuning atau xdapat hukuman kad apa2? 
Tahniah bagi sapa2 yang solat subuhnya pagi ni xdapat hukuman kad merah dengan kad kuning.
 Mesti tertanya2 kan apa kebendanya la subuh kad kuning dengan kad merah ni kan? 
Kad kuning è solat subuh tapi ada kekurangan dalam solat.
 Kad merah è tak menunaikan solat subuh. 
Harap2 semua jangan jadi orang yang solat subuh kad merah ni yer. J 
 Tarbiah untuk diri saya sendiri jugak. InsyaAllah.

Tetiba teringat pasai sesuatu.
 Disebabkan itu saya ada remove someone from my friend list in Facebook.
 A girl. 
School student. 
She is my junior in my previous school. 
Nak dijadikan cerita
 Saya ada terbaca her status yang mengatakan
 Perasaan marah atau geram dia terhadap seorang perempuan. 
Seems like they are enemy and have a fight about one guy. 
Satu perkara yang membuatkan saya komen diatas wall dia ialah
 Dia mengeluarkan satu perkataan yang kurang elok didengar.
 Komen saya camni 
“Tak baik kata kat orang camtu. Kurang sopan”.
 Then she replied on her status.
 “Bukan sengaja nak kata, dia ni yang cari pasal dulu”.
 Ok! Saya balas lagi
 “Owh ok, kalau yer pun tak baik guna perkataan tu, xsedap orang dengar”. 
“Kalau xsuka pi la main jauh2!” 
"Jangan menyibok kat status orang!"
(Suma rasa tak bahang panas girl tu?).

macam ni ka keadaan dia?
 At this moment,
 All my fingers become cold more than ice I think.
 Then saya balas jugak kata2nya itu. 
“I’m your senior at your school. 
If we know how to respect people
People will know how to respect us without words”

ni diri saya kot time tu
 Fuhh.. (tangan ketar2 time ni).

 After a few minutes,
 She post a new status. 
She wrote something about me
 That describe as “penyibuk besar” dan “perasan alim”.
 Sebagai insan biasa. 
Saya admit time ni saya rasa berasap.
*kata2 tu akan saya ingat.

kena bom!
 Tapi saya cakap
 “Najwa (bukan nama betul) bersabar,
 she just a kid yang baru nak kenal erti hidup”.
 After that I remove her from being my friend in Facebook! 
*Saya rasa benda ni mungkin saya akan ingat sampai bila2.

Saya tak mahu dianggap sebagai seorang penyibok atau busybody.
Biarlah saya telan herdikan itu.
Kerana saya tahu Allah itu Maha Adil.

One day,
 Saya terdengar satu ceramah tentang dakwah. 
Ada satu ayat seorang ustaz yang menarik minat saya
 “Dakwah ini adalah wajib,
 Seorang itu wajib berdakwah 
Meskipun dia ada dosa terdahulu dan kekurangan pada dirinya”
 Sambungnya lagi 
“Sekurang2nya dia telah sedar dari dosa lampaunya itu”. 

*saya hanya hambanya yang sering membuat khilaf kepadanya. Ampunkan aku ya Allah. Saya bukan seorang yang sabar. Tapi saya berusaha mengawal sabar ke tahap tertinggi. Jika ini ujianMu ya Allah, kuatkanlah semangat dan imanku terhadapMu. Amin.

Saturday, 23 July 2011

Rindu+Rasa Bersalah+Maaf = Mood Kurang OK

hati yang suci
Assalamualaikum.
Senyum. Sebab ada pepatah yang cakap.
Senyuman boleh UPGRADE mood kita.
:) *something bad telah jadi hari ini.

Hari ini saya rindu akan Dia.
Saya rindu akan orang2 yang menyayangi saya.
Everybody around me now.
Rindu terhadap Budak Nakal Abad Ini (a.k.a Incik Anynomous).
Tapi.

Berat rasa hati hari ini.

Hari ini saya telah terima satu mesej.
Mesej yang buat saya rasa SEDIH.
Rasa BERSALAH.
Bersalah kepada DUA INSAN.

Asif
Inbox : 1 message received at 13:38
23/07/2011
"<Anynomousity girl> hepi sebab dapat kenal najwa (bukan nama betul ok!)"
"Tapi I've made my decision to leave u with <anynomous guy>"
"Salam ramadhan dan salam aidilfitri"
*with some reason yang tak boleh state kat sini ok?
Tergamam tiba2 bila dapat mesej ni.
Rasa bersalah yang teramat.

To that person who incharge ---> 
"I'm happy while knowing u.. and nice to meet u"
"I'm sorry for all my wrong doing"
"Just send me your single message if you miss me OK?"

Hope our relationship will last till FOREVER.
InsyaAllah. *to anynomusity girl

p/s ==> Keep smiling.. smiling can uplift your mood when you're down
And to Incik Anynomous jangan tanya sebab apa ok?

Ni mungkin keadaan hati saya sekarang.
*Allah ada bersama kita kan.

Friday, 15 July 2011

:::::Belajar Masak Dengan Tok Guru:::::

Sedapnya ikan bakaq ni kan?


Assalamualaikum.. (ikut rentak upin ipin yer.. bwu comel) Kan?
Hari ini dah masuk hari ke satu,dua, tiga..(jom mengira.. hehe)
Ha.. Dah hari ke 6 dok kat umah.
Besala orang baru mula cuti
(orang lain dah cuti lama dah aii)

Sebelum balik cuti selalu pikiaq.
"Ish.. balik nanti nak buat apa kat umah?"
"Keja?"
"Malaih (malas) la pulak"
(ni suma kata2 dalam hati)
OK!
Dah decided. Takmau keja.
Tolong mak kat umah.(anak yang SOLEHAH tu..)
Mak pernah kata
Ehem3.. Ibarat mak yang cakap yer.
Bayangkan OK sambil pegang senduk dengan sudip.
 Mak cakap macam ni.
"Qeja umah ni tak pernah abeh"
"Lepas buat satu.. hat lain pulak mai"
"Tula qeja oqang pompuan nih"
(tu dia.. keluaq loghat kedah abeh.. hehe)
Harap2 faham la kan.
HEHE.
______________________________________________

Menu makan tengah hari Jumaat ni :
>Ikan kembung temenung bakar
(bakaq sendiri nih.. huhu)
>Air asam
(buat sendiri jugak.. haha)
>Gulai lemak labu
(sedap tu.. :) )
_______________________________

Hari ni belajaq buat air asam dengan mak
Baru belajaq?
Ish3.. Malu oii..
Tskk..!
"Saya budak baru belajar"
"Kalau salah tolong tunjukkan"

OK! 
Mak!(jangan terkejut)
Esok kak nak belajaq masak benda lain pulak.
HEHE.

Hari ni tak banyak emoticon.
Sebabnya malas nak upload.
HEHE.

p/s ==> Masuk arini dah tiga hari turut2 bakaq ikan.
Baju saya abeh bau asap. WUaaaa..

jumpa lagi..
Ommawo!

NOTE :::::> kena teguq dengan adik tadi.
"Kakwa.. hang belah tomato ni tebai"
"Tak lepaih gi ni nak kawen"
Moral : CEPAT BELAJAQ MASAK. 
OK! Adios..

Wednesday, 13 July 2011

POKOK

Assalamualaikum semua.
Tiba2 nak share lagu yang tiba2 menarik minat saya dari 48jam yang lalu.
Hehe.
Pokok. By MUH dengan Hazama.
(if not mistaken laa..)

Tersesat malu bertanya
Tak tahu tak tahu ke mana
Terlalu banyak alasannya
Ku terdiam
Menyusur di kaki lima
Terlihat bayang wajah kelmarin
Tersentuh hati bagai luruh
Chorus
Tanya sama pokok apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang
Patah sayap diduga
Seandainya rebah
Kau masih ada
Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam
Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh
Ulang Chorus
Kau masih ada
Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam
Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh
Tanya sama pokok

Credit to INCIk Anynomous sebab kenalkan saya dengan lagu ni.
Like it very much.
Dah ulang lagu yang sama berulang kali sampai someone kata
"Takdak lagu lain ka nak pasang?"
(dia buat muka tak puas hati)
tgok tu ngamuk cam budak2 kan?

Note ==>
Saya dengar lagu ni bawah pokok.
Angin sepoi2 bahasa.
Memang best.
Tambah2 dengan Budak Nakal Abad Ini (ini sebuah nama orang yer)
HAHA.


p/s => tak boleh letak emoticon monyet "byebye" huhu..

















Thursday, 7 July 2011

HORMATI HAK WANITA..

Assalamualaikum.
Mesti suma rasa tajuk arini penuh PATRIOTIK kan?
Hehe. Mesti. Ehh.. 
:)
Nak story mory sikit boleh kan?

Tersebutlah alkisah bahawa saya tak pernah kisah.
Hehe. Mengaut mengarut pulak kan.
Jangan marah kawan2.

OK! Kisah dia macam ni.
Tanggal hari ketujuh bulan Julai tahun 2011
Saya dengan kawan merangkap "my rumate terchenta azie"
(setting nama dalam phone)
Pergi membeli dan membelah kat masjid jamek aka masjid india.

siap nyanyi lagi tu. hehe

Oi makcik.. Bila nak masuk cerita yang betoi ni?
Sabau.. (bak kata kawan saya azie tu la)
Dai dari Nilai daerah kesayanganku(betoi ka tu?)
Nak ke KL mesti la naek tren kat KTM kan?
(yer.. bagi yang takdak kenderaan laa..)

Bila dah masuk KTM.
As usual akan tunggu tren kat bahagian 'ladies ONLY' tu.
Tepat atau kurang tepat pukul 10.49 pagi naiklah tren tu.

Sampai dean depan pintu
Aik? Tersesat kah? atau saya yang tersilap tengok koc?
Tiba-tiba nampak.
"Koc untuk WANITA SAHAJA"
Or in english(kot2 xpaham bahasa melau melayu)
"Coach for LADIES ONLY"
Even saya yang 'specky' girl pon nampak tulisan itu.
Tulisan yang besaq gedabak itu.
Takkan la mamat yang perasan macho dan kool sebelah saya ni tak nampak.
Mood time tu : Tak puas hati dengan mamat tu.

Dahsyat betoi marah kan?

Samapi Sampai kat stesen next seterusnya.
"Stesen Batang Benar" 2x
(announce oleh tukang announce)

Perhatian!

Masuklah beberapa orang kedalam tren.
Cari punya cari kan.
There is no empty seat left!
Dan perempuan atau kakak yang baru masuk tadi berdirilah dengan jayanya.

But.
That mamat yang duduk kat sebelah saya tu.
Dia buat muka kering. (kalau hensem takpa la jugak)
"Eish.. bangunla pakcik oi.. bagi kak tu duduk"
(kata2 dalam hati)
Ni membenci dalam hati ja.
Tak mempunyai kuasa lagi.
Huhu


Advice percuma kat sini : Bagi la kak tu duduk. Awak(si mamat) tu dah ambik hak dia. 
(haaa.. semangat habis)

OK!
That's all for today.
Nak tahu tak?
Masa nak solat zohor kat masjid india.
'TER'sesat. Hehe.
(malu33) 
Haha.
Jumpak lagi. 
Ommawo!




Saturday, 2 July 2011

PENGALAMAN HIDUP..

Cak!

Assalamualaikum.
Selamat pagi.
Bangun 2x.(kawan goncang badan)
Hiiyyyyahhhh!(mengeliat badan)

senaman kekiri dan kekanan.
(comelnya la gerakan tu.. hehe)

Bangun pagi-pagi.
Dah dok sorang-sorang.
Dah melangut sorang-sorang.
Kenapa? Agak-agak kenapa?
Kawan tak bangun tidoq lagi.(maaf yer rumate saya.. chill.hehe..)
Betul..! Hehe. Jangan marah rumate terchenta. Sayang kalian. (nak bodek la tu)

jangan narah taw. hehe.
Semalam serius penat.
Fuhh. (tak baik mengeluh la.. huhu)
Lelah. Asma (bukan nama orang ok). Semput. Semua ada la.
Sebab apa pulak?
Penat berniaga.
Lebih tepat lagi. Delivery makanan.
Bukan Pizza Hut ja yang buat delivery tau. Kitorang pon buat jugak.
Nak cari pendapatan tambahan la katakan.(konon ja tu, padahal nak joli moli)
Tapi tu la memang maju sangat samapi sampai tak terlayan pelanggan yang ramai.
(ayat memang la tak boleh pakai)

Kesannya memang teruk semalam.
Seorang sahabat nama wa(bukan saya) tension.
Mukanya?
Sah-sah la berkerut dan rasa nak marah(nasib baik tak keluar api. Huhu) ja kan.
(kerut tu kalah prof saya yang tengah fikir kenapa saintis selalu kepala botak tengah)
Sebab apa berkerut?
Penat melayan telatah pelanggan yang macam-macam kerenah.
(ada yang nak awal tapi tempah lambat pastu marah-marah)
*pi bukak kedai sendiri la camtu. huhu.

Hehe.
Jangan marah kalau terbaca ni.
(bak kata P. Ramlee nanti kena jual. Kan?)
*sapa yang makan manis akan terasa la manisnya itu. ok?
Cuma nak bagi sekeping sehelai sebuah nasihat yang tak perlu dibayar.
"In our life, there are many obstacles that we need cross over it to make the success"
(itu quotation sendirian berhad yer)

Last but not least.
Take the challenge.
Itulah pengalaman hidup yang bermakna.
Selepas beberapa tahun.
Kita akan ketawa sendiri.
Bila ingat benda tu balik la.
(bukan orang yang kurang siuman ok?)

Ommawo! Terima kasih! Syukran!

jumpak lagi.

BENGKOK JARI KAKI?

kenapa dgn kaki ni?

kenapa ini jugak?

 Assalamualaikum.
Saya dah jadi 'specky girl' blik lepas ter'jumpak' spek saya yang ter'hilang tu.
Hehe. One word.
Kepoyoanmu terserlah.
It's two words!.
Stop laaa.. gege(bising) 


Entry arini bengkok jari kaki tangan
Tak tahu nak tulis apa sebenarnya.
No idea. Idea timbul sebab.
Ni.

rajennya membaca.. hik3

Tengah khusyuk translate akidah (guna google translator la..)
Toottoott! toottooott! (bunyik mesej masuk)
"Wa (bukan nama saya).. apa hukum bengkokkan jari kaki masa sujud and tasyahud?"

Diam. Lama.
"Hukum bengkokkan jari kaki?" (dalam hati la kan..)
Serius tak tahu. (malu! nak belajar takleh malu. Kan? kan?)
Jari gerak2 kat keyboard.
Yes!. Dapat. 

yay!.. hepi3..


Lepas 240 saat baru reply.
Kali pertama lambat reply. (nampak sangat)
"Urm, <nama orang> tak tahu la.. Allahualam"(jujur kunun)

Lepas 120 saat.
Jari gerak lagi kat keypad phone.
Tiittoot.. titttoott.. 2x
"Perut jari kaki kena sentuh atas lantai masa sujud, kalau tak buat dengan sengaja tak sah solat"
Message delivered to : <anynomous>(tak tau eja betui ka dak)

Toottooot! toottoot!(terkejut)
Mesej masuk lagi.
"Tasyahud pulak?"

"Ha? tasyahud? tasyahud tu tahiyyat ka?"(dalam hati lagi..)
Jari gerak laju lagi atas keyboard laptop.
"Bengkok jari telunjuk?"
Bukan.
"Bengkok jari kaki masa tahiyyat awal atau akhir?"
Yep! yang tu!.

Taip lagi.
Ehem3.(sakit tekak tiba-tiba)
"Ada hadis cakap bersabda Nabi masa tahiyyat menghadapkan jari kaki kanan kearah kiblat"
(panjang benar elaboration dia kan?)
Maksud dia ini.
" Kita kena bengkokkan jari kaki kedalam semasa sujud dan tahiyyat awal atau akhir"
(Allah lebih mengetahui)

Sama-sama kita pelajari ye.
Kepada incik anynomous terima kasih untuk soalan ini.
Ommawo!
(terima kasih!)




Thursday, 30 June 2011

Taufik Wan Najah =D

السلام عليكم ورحمة الله
!أرجو أن نجحت في الامتحان اسبوع القادم. بعد ذلك، سأرجع إلى بيتي
 اشعر مسرور جدا! الحمدلله  :)
(saya berharap saya akan berjaya dalam peperiksaan pada minggu hadapan. Selepas itu, saya akan pulang ke rumah)
(saya merasa sangat gembira! Alhamdulillah)

!اجتهيد إلى اللحد
توفيق والنجاح
(bersungguh2 hingga ke liang lahad)
(semoga memperoleh kejayaan)

مع السلامة وإلى اللقاء
(selamat tinggal dan jumpa lagi)


Wednesday, 15 June 2011

Gembira..! alhamdulillah..

Assalam.. senyum semua.. klik! ehh..                
tangkap gambar pulak.. hehe.. 

alhamdulillah.. hari ini saya baru selesai tutorial class fiqh munakahat.. :) ptotnya arini ustaz kna terangkn pasal munakahat ataw nikah.. hehe.. nikah? cam bes ja kan tajuk ni.. (amboi... gatainya budak ni... kalau la mak saya tahu ni..hehe).. tapi hajat dihati utk blaja munakahat tu tak sampai sebb ustaz ckap mcm ni "biarlah ustaz kamu ajar dulu dlm lecture.. baru boleh saya terang.."(dengan nada dan suara yang tenang)... hehe.. :)

"jadi apa yang kau ang blajar?" 
"nak cakap la ni.. sabar.. tjuk dia pasai haji..dan dam.. bukan dam haji yang kita main tu yer.. hehe"
ok! let's start our class.. hehe.. fes skali apakh amalan hji yang pertma? haa. sapa yang nak jawab?? angkat tangan.. uissh..ramai nak jawab ni.. "ihram!" "niat ihram!" "miqat!".. bnyak nyer jawapan.. mna stu yang btoi ni? jawpannya.. ialah............. ihram.. :)

"Knapa ihram?" (mesti soaln tu TERlintas difkiran kan?) "bukankah ptotnya niat ihram dlu ka?"(ini respon saya bila dengar jwapan ustaz tadi... ).. ustaz pon dengan mnjawab persoalan tadi dengan ini.. "ihram tu kan rukun haji.. niat tu ialah wajib haji".. "apa kebendanya pulak rukun dan wajib haji nih??".. peningla nak blaja..

Pening kpala? ok.. biar saya truskan.. (klau salah info tlong perbtulkan yer.. mekasih.).. :)

"Apa beza rukun dan wajib haji nih?"  "apa bezanya?" bezanya pertama sekali mstilah dari segi sebutan hurufnya.. hehe.. kan? "ishh budak ni.. main2 pulak.. ketuk kang!"
marahnyer... huhu.. sabar2..

 "maaf2.. hehe".. kali ini serius semua.. jgn senyum dan gerak pon.. (semua terpaku..)

kesiannya... macam  muka orang yang tak makan ja saya tgok.. hehe
Ok.. yang sebenar2nya.. (serius ni) beza antara rukun haji dan wajib haji ialah apabila kita tak mlaksanakan rukun haji maka.. dengar yer.. pnting ni.. MAKA.. TERbatallah haji itu dan tidak sah..
owh.. camtu ka?

Yer.. gitu la gamaknyer.. "kalau tak laksanakan wajib haji pulak? apa yang jadi?" haa.. soalan yang bgus.. hehe..

Kalau tak buat wajib haji ni.. kita kna byar dam ataupun denda.. "apa denda dia?"nak tau ka denda dia apa? Denda dia ialah dam tertib dan takdir.. hehe. bnyak kan istilah yang digunakan? dam ini kna mngikut tertib... kalau xmmpu bru buat yg strusnya.. hehe.. "ha?? cmna tu? trang skit..!" "baik.. kejap.." :)
Denda utk spa yang tggaikan wajib haji ni dia kna buat:
            Fes skali kna takik sembelih seekor kmbing bri2 yg comel sihat.. KALAU tak mampu.. baru boleh buat yang ni..  iaitu sembelih 1 dripada 7 bhgian lmbu.. haaa.. 
            KALAU tak mmpu lagi.. kna puasa.. 10 hari.. 3 hri di mekah dan balance baki 7 hari tu kat tnah air sendri.. ustaz pesan lgi tdi.. "kamu kna puasa sebaik sja smpai ke tnah air.." So.. jgn berangan nak tangguh2 yer.. pastu ustaz berkata lagi.. "kamu tak boleh langkau denda ni.." "kamu tak boleh ambik yang kamu suka ja.. kamu kna mgikut turutan itu.. kalau btul2 tak mmpu bru boleh buat yang lain.." "kami faham ustaz!" "bgus anak2 murid ustaz ni.. hehe" (tmbahan dialog sendri.. hehe)
Apa yang gembiranya tentang tjuk ni?? saya gembira sebb dah faham tajuk ni dari kekeliruan saya.. Adios!

babai.. jumpak lagi.. di next entry..