salam

senyum selalu yer.. :)

Thursday 12 January 2012

Assalamualaikum!
Hai.
Jumpa lagi..
Hehe.

Angin yang bertiup terasa 
Sampai ke tulang sum-sum.
Ada ke camtu?
Entahla..
(mode jiwang)

Kesannya
Virus selsema telah menyerang sistem imunisasiku.
Ceeewwaahhh!
Macam berpantun lak kan.
Apa boleh buat.
Bakat terendam jer. 
Ngee~

Seperti yang sedia maklum
Semalam kuar result MUET.
Tiba-tiba berdebar2
Why?
(mode MUET tak abes lagi)
Because I'm the one.
(MUET's candidate)

Perasaan tu takyah cakap la kan.
Mesti berdebar-debar punya.
Even nak lari 100meter 
Untuk bantu rumah sukan pon nervous.
Apatah lagi MUET?
(ada kaitan ke lari dengan MUET?)

Tak tahu la.. (mode blurr)
Heeee.

Check result ikot mesej suda.
Sila taip 
MUET RESULT<IC ANDA>
Hantar kepada
15888

Amboi..!
Kalah operator Telekom.
Hee.

Beberapa tika selepas itu
Handset berlagu riang.
(owl city-take to the sky)
Handset berlagu riang..
Tapi tidak hatiku..

15888:
RM0.20 MUET:
NO. IC
NO Pusat
MUET RESULT:
Band : ?

Hehe.
Biar korang pulak nervous.
(mode nakal)

Alhamdulillah.
Itu ucapan pertama yang keluar dari mulut ni.

Bersusah-susah dahulu
bersenang-senang kemudian


Tuesday 10 January 2012

takdak tajuk

Senyum.
Lagi dan lagi.
Hehe.

Tengah sibuk-sibuk study (baru abes 2 bab dalam masa 4 jam).
Sambil dengar hitz
Tak tahu la memori ni mai celah mana.
Teringat ke zaman dohulu kala.
Jadi adik bongsu kat sekolah menengah.
Form 1.
Budak yang dianggap suci la kot.
(hingus pon dok meleleh lagi.. ngeng~)
Hehe.

Baju sekolah yang putih.
Kain biru.
Kasut pon putih melepak jenama pallas.
(ingat lagi tu)
Tudung putih dengan tersematnya 
Lencana dan tag nama 
Di sebelah kiri tudung.
Polos gitu!
Haha

Tapi bukan cara pemakaian yang mencuri ingatan minda ini.
Tapi ingatan menjengah kepada satu peristiwa yang boleh dikatakan 
membina dan menjadi ingatan untuk diri ini.
InsyAllah.~

Perjanjian antara pelajar dan gurunya.
Atas dasar meniru dalam exam.
Dah tak hingusan dah la weii..
Baru forn 1..
Owhhh oohh..

Nak dijadikan cerita
Pulun meniru dalam exam
Dengan harapan tinggi menggunung 
Sesiapa pon tak nampak.
Selamat kat situ.

Next week.
Cikgu masuk.
"Sapa yang tiru masa exam last week?"
Agaknya time ni kalau semut lalu pon boleh dengar kot dia melangkah.
Sepi sangat!
"Ada orang nampak kat koridor atas tangga"
Terkantoi sudahh.
"Saya boleh listkan sapa yang meniru"
Gulp! terasa macam baju sekolah dah jerut leher!
Huuu..

Sesungguhnya Allah itu maha melihat.
Dan saat itu termaktubnya 
Perjanjian dengan cikgu.
"Berjanji tak akan meniru dalam exam lagi"
Exam ja kan? test & kuiz ok kot?
Hehe. 
Haa.. buat la..
Jadi papa baru nak menyesal kan.

Tersenyum lagi.
Dan lagi.
Terima kasih cikgu.
Mungkin masa dulu
Sumpah seranah keluar dari mulut ini.
Untuk si perepot.
Tapi.
Kini ucapan terima kasih 
Untuk si perepot.
Terima kasih kerana merepot.

Kini memori form 1 dari kelas 1K1 
Kembali terlayar diingatan.
Bagaimana dari lipatan tudung yang bulat menjadi bujur. 
Haha.
Bagaimana kena 'tarik getah' 
Kalau markah ujian matematik turun even satu markah!
Sakit oiii.
Bagaimana belajar mengenali novel
Novel sastera 'Aku Anak Timur" 
Ke novel 'Contengan Jalanan'
Senyum kembali mewarnai hidup ini.
Alhamdulillah.

Ingatan singgah kepada 
Paklah Milo(usha dari jauh.. huuu)
Arwah abah(cikgu disiplin)
*al-fatihah*
Budak baru datang duduk bawah meja!
 Dan banyak lagi.
Semoga mereka yang masih bernafas 
menjadi hamba yang patuh padaNya.

"The man who decide to change at 12th hour die at 11th hour"
*Guide us to the straight way*
(Al-fatihah:6)

Credit to Hlovate dengan watak Fend, K-square, Chad!
*Watak lelaki dalam 'Aku Anak Timur' Nick Van Hoeve kot.
Haha!