salam

senyum selalu yer.. :)

Thursday 12 January 2012

Assalamualaikum!
Hai.
Jumpa lagi..
Hehe.

Angin yang bertiup terasa 
Sampai ke tulang sum-sum.
Ada ke camtu?
Entahla..
(mode jiwang)

Kesannya
Virus selsema telah menyerang sistem imunisasiku.
Ceeewwaahhh!
Macam berpantun lak kan.
Apa boleh buat.
Bakat terendam jer. 
Ngee~

Seperti yang sedia maklum
Semalam kuar result MUET.
Tiba-tiba berdebar2
Why?
(mode MUET tak abes lagi)
Because I'm the one.
(MUET's candidate)

Perasaan tu takyah cakap la kan.
Mesti berdebar-debar punya.
Even nak lari 100meter 
Untuk bantu rumah sukan pon nervous.
Apatah lagi MUET?
(ada kaitan ke lari dengan MUET?)

Tak tahu la.. (mode blurr)
Heeee.

Check result ikot mesej suda.
Sila taip 
MUET RESULT<IC ANDA>
Hantar kepada
15888

Amboi..!
Kalah operator Telekom.
Hee.

Beberapa tika selepas itu
Handset berlagu riang.
(owl city-take to the sky)
Handset berlagu riang..
Tapi tidak hatiku..

15888:
RM0.20 MUET:
NO. IC
NO Pusat
MUET RESULT:
Band : ?

Hehe.
Biar korang pulak nervous.
(mode nakal)

Alhamdulillah.
Itu ucapan pertama yang keluar dari mulut ni.

Bersusah-susah dahulu
bersenang-senang kemudian


Tuesday 10 January 2012

takdak tajuk

Senyum.
Lagi dan lagi.
Hehe.

Tengah sibuk-sibuk study (baru abes 2 bab dalam masa 4 jam).
Sambil dengar hitz
Tak tahu la memori ni mai celah mana.
Teringat ke zaman dohulu kala.
Jadi adik bongsu kat sekolah menengah.
Form 1.
Budak yang dianggap suci la kot.
(hingus pon dok meleleh lagi.. ngeng~)
Hehe.

Baju sekolah yang putih.
Kain biru.
Kasut pon putih melepak jenama pallas.
(ingat lagi tu)
Tudung putih dengan tersematnya 
Lencana dan tag nama 
Di sebelah kiri tudung.
Polos gitu!
Haha

Tapi bukan cara pemakaian yang mencuri ingatan minda ini.
Tapi ingatan menjengah kepada satu peristiwa yang boleh dikatakan 
membina dan menjadi ingatan untuk diri ini.
InsyAllah.~

Perjanjian antara pelajar dan gurunya.
Atas dasar meniru dalam exam.
Dah tak hingusan dah la weii..
Baru forn 1..
Owhhh oohh..

Nak dijadikan cerita
Pulun meniru dalam exam
Dengan harapan tinggi menggunung 
Sesiapa pon tak nampak.
Selamat kat situ.

Next week.
Cikgu masuk.
"Sapa yang tiru masa exam last week?"
Agaknya time ni kalau semut lalu pon boleh dengar kot dia melangkah.
Sepi sangat!
"Ada orang nampak kat koridor atas tangga"
Terkantoi sudahh.
"Saya boleh listkan sapa yang meniru"
Gulp! terasa macam baju sekolah dah jerut leher!
Huuu..

Sesungguhnya Allah itu maha melihat.
Dan saat itu termaktubnya 
Perjanjian dengan cikgu.
"Berjanji tak akan meniru dalam exam lagi"
Exam ja kan? test & kuiz ok kot?
Hehe. 
Haa.. buat la..
Jadi papa baru nak menyesal kan.

Tersenyum lagi.
Dan lagi.
Terima kasih cikgu.
Mungkin masa dulu
Sumpah seranah keluar dari mulut ini.
Untuk si perepot.
Tapi.
Kini ucapan terima kasih 
Untuk si perepot.
Terima kasih kerana merepot.

Kini memori form 1 dari kelas 1K1 
Kembali terlayar diingatan.
Bagaimana dari lipatan tudung yang bulat menjadi bujur. 
Haha.
Bagaimana kena 'tarik getah' 
Kalau markah ujian matematik turun even satu markah!
Sakit oiii.
Bagaimana belajar mengenali novel
Novel sastera 'Aku Anak Timur" 
Ke novel 'Contengan Jalanan'
Senyum kembali mewarnai hidup ini.
Alhamdulillah.

Ingatan singgah kepada 
Paklah Milo(usha dari jauh.. huuu)
Arwah abah(cikgu disiplin)
*al-fatihah*
Budak baru datang duduk bawah meja!
 Dan banyak lagi.
Semoga mereka yang masih bernafas 
menjadi hamba yang patuh padaNya.

"The man who decide to change at 12th hour die at 11th hour"
*Guide us to the straight way*
(Al-fatihah:6)

Credit to Hlovate dengan watak Fend, K-square, Chad!
*Watak lelaki dalam 'Aku Anak Timur' Nick Van Hoeve kot.
Haha!






Saturday 24 December 2011

Fitrah Manusia

Assalamualaikum!
Tiba-tiba teringat kata-kata
Ustaz Pahrol Mohamad Juoi
Dalam majalah Solusi


"Pen diciptakan untuk menulis.
Selagi mana digunakan untuk menulis
InsyaAllah ia takkan rosak.
Kerana fitrah pen ialah untuk menulis"

Katanya lagi.
"Andai pen digunakan untuk mencucuk, dibaling atau diketuk
Sudah tentu pen itu akan ROSAK"

Kehidupan manusia difitrahkan dalam kehidupan 
Ibarat sebatang pen.

Tujuan manusia diciptakan ialah
Beribadat kepada Allah.
Sekiranya menyimpang daripada tugas itu

Maka manusia akan ROSAK.
Kesihatannya terjejas.
Emosinya terjejas.
Spiritualnya juga akan terjejas.

Bersyukurlah kita menjadi hamba Allah.
Dengan nikmat yang tidak terhingga ini.


Hadis Nabi s.a.w yang bermaksud
"Sampaikan daripadaku walaupun sepotong ayat"
Allahualam.


Wednesday 21 December 2011

Rezeki Itu Ada Dimana-mana.

Assalamualaikum!
Entah bila la agaknya tak bukak blog ni pon wa tak tahu.
By the way
From this moment sapa2 yang mengenali diri ni
Tolong panggil saya dengan panggilan najwa@nur@nama penuh saya.

Mesti pelik kan kenapa? 
Bila tahu sebabnya pon nur(nama baru) terkejut..
Sebabnya Ustaz Shahran ada bagi ceramah di TV9
Katanya 'WA' salah satu nama anak jin.
Allahualam.

Agaknya ni la kot reaksi pertama nur bila dapat tahu  sebabnya.

Tiba-tiba terlintas difikiran
Sesuai ke nama NUR tu dengan budak ni?

Uhuk3.. tersedak  saya..

Apa-apa pon kita kena biasakan diri dengan panggilan tu ok?
Good job! 

Clap your hand! :)

OK! selesai satu hal.
Kembali kepada tajuk asal ok.
Rezeki Allah itu ada dimana-mana.
Setuju kan dengan tajuk ni?

Pada 10122011 yang lalu
Seperti yang sedia maklum
Nur(peliknya rasa.. huhu) ada latihan menembak
Di Lapang Sasar Mantin, Negeri Sembilan.

Menembak guna revolver.38

Memang rezeki Allah itu dimana-mana

Nur telah berjaya masukkan satu bullet 
Dalam bulatan yang paling tengah.
Alhamdulillah.
Rezeki Allah.
Dan tanpa diduga
Nur dapat sebuah hamper pemberian Tuan Mastam(ketua penyelaras SUKSIS)
Memang saat itu diam tak berkata apa-apa.


Semoga saat itu menjadi titik tolak 
Untuk lebih berjaya dalam hidup.

P/S ==> terima kasih kepada 'pengasuh' Nur masa menembak tu.. dia buat nervous+takut pegang revolver tu hilang. terima kasih Cik!

Ni lepas habis menembak.. :)



Monday 14 November 2011

Bertemu kembali ;)

assalam.
baru terasa rindu akan blog ni. ;)
baru kembali ke tempat pengajian setelah seminggu bercuti.
masuk2 ja
exam-exam-exam.
ibarat SPM rasanya.
heeee..

gudluck to my little bro (little ka?) :)
yang tengah jawab exam SPM 2011.
may yourself to be blessed Muhammad Arif Fahmi Hassan.
semoga mereka berjaya dalam apa jua bidang yang mereka tempuhi.
Amin ya rabb.

esok
ada presentation, test. gudluck.

lusa
serah report food chem pulak.

semoga segalanya berjalan dengan lancar.

mood ==> xdak da nak edit2 nih.. xrajen heeee.. ;)

Thursday 22 September 2011

New Life

Assalam semua!
Dah berapa kurun tak update blog sampai hampir terlupa password.
*makan semut banyak kot.. hehe..
Baru hari ni rasanya berkesempatan untuk belek2 blog.
Sebab hari ni baru rasa nak bukak and write something here.
Actually I want to share about something.
My new life?

My new life sebagai apa tu?
J
As senior in the second year?
As servant to her Almighty God?
A solehah daughter to her parent?
A good sister to her sis and bro?
A good friend to her friends?
OR
A solehah wife to her husband?

Aga-agak yang mana lah tentang kehidupan baru saya kan?
Yang last sekali tu??
Hehe. Tak. Yang itu InsyaALLAH akan datang.
*tolong doakan saya yer..
Kehidupan baru saya ialah
As a servant to her Almighty God.

Terkejut?
Bukan bermaksud saya tak pernah menjalankan kehidupan sebagai hamba Allah sebelum ini.
Saya menjalankan kehidupan yang hanya ‘mengaku’ sebagai hamba Allah
 Tapi
Tidak menunaikan hak kepada tuannya dengan sempurna.

Sudah lama diri ini mencari kehidupan yang mendambakan pengabdian diri kepada Allah,
Taat kepada agamanya, rasulnya, kedua orang tuanya.
Baru-baru ini, seorang sahabat telah meng’tag’ saya di sebuah nukilan nota di laman facebook.
Usai membaca nota tersebut terasa basah kedua-dua belah pipi.
Terasa seribu kesalan yang ada dalam jiwa.
Ya Allah.. ampunkan dosa dan khilaf hambaMu ini.
Hati ini diketuk lagi.
Kali ini ketukan itu membuatku tersedar dari mimpi yang panjang.
Betapa kerdilnya aku dihadapanMu ya Allah.

Pesanan Imam Ghazali :

“Carilah hatimu di tiga tempat. Temui hatimu sewaktu bangun membaca al-Quran. Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, carilah hatimu ketika duduk takafur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah supaya diberikan hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!”
Sumber : Di mana DIA dihatiku?-Pahrol Mohd Juoi

Terlintas kata-kata seorang lecturer di kampusku :

“Sangat susah untuk kita mendapatkan khusyuk didalam solat 
meskipun hanya untuk satu minit”

Itu memberi gambaran kepadaku
 Bahawa mujahadah kearah yang lebih baik
 Itu sebenarnya amat menyakitkan
 Dan 
Memerlukan pengorbanan serta semangat juang yang jitu.
Walaupun kebaikan itu hanyalah sebesar zarah.
Bak kata orang bukan senang nak jadi baik
Dan bukan susah untuk menjadi jahat.
Dunia ini ibarat syurga bagi orang yang kufur
Dan
 Neraka bagi orang yang beriman kepada tuhannya.

Astaghfirullah!
Ya Allah! Ampunkan hambaMu ini ya Allah.
Ampunkan dosa kedua orang tuaku,
Ampunkan dosa kaum keluargaku,
Ampunkan dosa sahabat-sahabatku,
Dan dosa muslimin dan muslimat yang berada di muka bumi ini ya Allah.

Jiwaku terasa lapang.
Semoga akan terus lapang dengan namaMU yang memenuhi ruang hatiku.
InsyaALLAH.
Tolong doakan saya kawan-kawan. 


***apa agaknya pandangan kawan-kawan yang mengenali saya setelah membaca entry ini?***
Jihad kerana ALLAH! J



Sunday 21 August 2011

Dugaan Perasaan

Assalam.
Lama tak menjenguk blog ni.
almost two week rasanya.

at this moment.
nothing coming up into my life.
ok?

tatatititutu.

mood --> *virus M dah datang*