salam

senyum selalu yer.. :)

Thursday 22 September 2011

New Life

Assalam semua!
Dah berapa kurun tak update blog sampai hampir terlupa password.
*makan semut banyak kot.. hehe..
Baru hari ni rasanya berkesempatan untuk belek2 blog.
Sebab hari ni baru rasa nak bukak and write something here.
Actually I want to share about something.
My new life?

My new life sebagai apa tu?
J
As senior in the second year?
As servant to her Almighty God?
A solehah daughter to her parent?
A good sister to her sis and bro?
A good friend to her friends?
OR
A solehah wife to her husband?

Aga-agak yang mana lah tentang kehidupan baru saya kan?
Yang last sekali tu??
Hehe. Tak. Yang itu InsyaALLAH akan datang.
*tolong doakan saya yer..
Kehidupan baru saya ialah
As a servant to her Almighty God.

Terkejut?
Bukan bermaksud saya tak pernah menjalankan kehidupan sebagai hamba Allah sebelum ini.
Saya menjalankan kehidupan yang hanya ‘mengaku’ sebagai hamba Allah
 Tapi
Tidak menunaikan hak kepada tuannya dengan sempurna.

Sudah lama diri ini mencari kehidupan yang mendambakan pengabdian diri kepada Allah,
Taat kepada agamanya, rasulnya, kedua orang tuanya.
Baru-baru ini, seorang sahabat telah meng’tag’ saya di sebuah nukilan nota di laman facebook.
Usai membaca nota tersebut terasa basah kedua-dua belah pipi.
Terasa seribu kesalan yang ada dalam jiwa.
Ya Allah.. ampunkan dosa dan khilaf hambaMu ini.
Hati ini diketuk lagi.
Kali ini ketukan itu membuatku tersedar dari mimpi yang panjang.
Betapa kerdilnya aku dihadapanMu ya Allah.

Pesanan Imam Ghazali :

“Carilah hatimu di tiga tempat. Temui hatimu sewaktu bangun membaca al-Quran. Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, carilah hatimu ketika duduk takafur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah supaya diberikan hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!”
Sumber : Di mana DIA dihatiku?-Pahrol Mohd Juoi

Terlintas kata-kata seorang lecturer di kampusku :

“Sangat susah untuk kita mendapatkan khusyuk didalam solat 
meskipun hanya untuk satu minit”

Itu memberi gambaran kepadaku
 Bahawa mujahadah kearah yang lebih baik
 Itu sebenarnya amat menyakitkan
 Dan 
Memerlukan pengorbanan serta semangat juang yang jitu.
Walaupun kebaikan itu hanyalah sebesar zarah.
Bak kata orang bukan senang nak jadi baik
Dan bukan susah untuk menjadi jahat.
Dunia ini ibarat syurga bagi orang yang kufur
Dan
 Neraka bagi orang yang beriman kepada tuhannya.

Astaghfirullah!
Ya Allah! Ampunkan hambaMu ini ya Allah.
Ampunkan dosa kedua orang tuaku,
Ampunkan dosa kaum keluargaku,
Ampunkan dosa sahabat-sahabatku,
Dan dosa muslimin dan muslimat yang berada di muka bumi ini ya Allah.

Jiwaku terasa lapang.
Semoga akan terus lapang dengan namaMU yang memenuhi ruang hatiku.
InsyaALLAH.
Tolong doakan saya kawan-kawan. 


***apa agaknya pandangan kawan-kawan yang mengenali saya setelah membaca entry ini?***
Jihad kerana ALLAH! J



No comments:

Post a Comment