salam

senyum selalu yer.. :)

Saturday 24 December 2011

Fitrah Manusia

Assalamualaikum!
Tiba-tiba teringat kata-kata
Ustaz Pahrol Mohamad Juoi
Dalam majalah Solusi


"Pen diciptakan untuk menulis.
Selagi mana digunakan untuk menulis
InsyaAllah ia takkan rosak.
Kerana fitrah pen ialah untuk menulis"

Katanya lagi.
"Andai pen digunakan untuk mencucuk, dibaling atau diketuk
Sudah tentu pen itu akan ROSAK"

Kehidupan manusia difitrahkan dalam kehidupan 
Ibarat sebatang pen.

Tujuan manusia diciptakan ialah
Beribadat kepada Allah.
Sekiranya menyimpang daripada tugas itu

Maka manusia akan ROSAK.
Kesihatannya terjejas.
Emosinya terjejas.
Spiritualnya juga akan terjejas.

Bersyukurlah kita menjadi hamba Allah.
Dengan nikmat yang tidak terhingga ini.


Hadis Nabi s.a.w yang bermaksud
"Sampaikan daripadaku walaupun sepotong ayat"
Allahualam.


No comments:

Post a Comment